Quantcast
Channel: Ourkizuna
Viewing all articles
Browse latest Browse all 615

Aktiviti masa jerebu?

$
0
0

Assalamualaikum

 

Konon sangat berpesan pesan pada kebenaran. Jerebu jerebu jangan keluar rumah. Tapi atas jemputan kawan baik shujin masa sekolah dulu, kami TERuja dan TERpergi jugak tengok pertandingan power boat ni di Tasik Bandaran (ek? Yang kat Kelana Jaya, dekat ngan Paradigm Mall tu..) Quiet a big event la bagi penggemar power boat ni sebab pertandingan ni international dan disertai oleh peserta dari negara negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia, Brunei, Vietnam, Thailand.. Tak perasan Singapore ada ke tidak..

 

Apa yang pasti. Memang bingit lagi hangitt.. Hehehe.. Akibatnya, kena MC isnin sebab sakit telinga. Aku ingatkan ear infection sebab baru lepas korek telinga. Tapi kata doktor saraf. Dah alang alang doktor bagi je MC. Suh rehat. Kang bingit pulak kat opis. Hihihi..

Ada budak melalak nak main power boat. Hahaha..

Antara boat peserta yang bertanding

Ini pulak boat yang dijual. Kawan baik shujin tu memang buat dan jual power boat ni. Buat part time. Tapi masyuk jugak. Seketul tu RM450++. Material fiber glass. Memang plain je, lepas tu pepandai la design bagi cantik cantik. Tampal sticker bagai. Hehehe.

 

Kitorang tengok sekejap je. Panas. Alhamdulillah setakat ni anak-anak sihat walafiat, takde demam selesema batuk. Alhamdulillah semalam pun dah mula hujan. Harap harap rahmat tu datang lagi hari ni. Aminn..

Budak kecik ni dah 6.2kg. Makin membuas. Dah ada tanda nak seret seret dada. Tangan asyik nak mencapai je. Habiss laaa..

 

Macam mana jerebu kat kawasan lain? Dah makin berkurang ke makin bertambah?

 

Daa


Viewing all articles
Browse latest Browse all 615