Assalamualaikum
Salam jumaat.
Index pencemaran udara (API) makin teruk, terutamanya di Johor dan negeri pantai barat. Hari ni dah ada sekolah ditutup. Kakzakie masih pergi kerja ke hari ni? Ayu Citarasa Rinduan masih bukak kedai ke? Diharap semua kawan kawan dalam keadaan baik baik saja. Kurangkan aktiviti luar. Kalau keluar pakai mask penutup hidung. Minum air suam yang mencukupi. Makan makanan yang berkhasiat. Kalau boleh makan la supplement tambahan.
Selamat berhujung minggu.
Esok adik bongsu konvo di PWTC. Mak mertua pulak balik Kelantan esok malam. Hari ni Ma (mak mertua) ikut shujin jalan jalan hantar barang yang customer order. Semoga semuanya berjalan lancar. (Pesan kat orang jangan main kat luar, shujin sendiri duk main kat luar.. Nak buat macam mana. Barang orang dah tempah kenalah dihantar
Apa aktiviti korang hujung minggu?
Daa