Assalamualaikum
Aisy Thaqif
Ni skill terbaru. Panjat pulak. Ayah dah boring kemas. Ayah letak CD tu kat atas meja. Dengan harapan Aisy tak sampai. Budak kecik ni dah level up. Dia elevate diri dia naik atas meja dengan pijak koleksi majalah Amagram ibu. Hahaha.. Yang kelakarnya. Dia stuck pada kedudukan ni. Nak naik tak boleh. Nak turun tak reti. Nangis nangis masa aku ambik gambar ni.
Selepas diselamatkan. Ibu gelakkan sambil ambik gambar. Hahaha..
Aisy Thaqif tak berapa sihat. Pukul 4 pagi tadi panas badannya. Perut pun agak kembung. Aku urut urut sikit perut. Dia menyusu je. Tak larat agaknya. Pagi tadi sebelum keluar, dia berak. Aku mandikan, nampak da okay sikit. Tapi still panas sikit badannya. Bahana kutip benda tak tentu hala masuk dalam mulut. Adehh.. Sekarang hari hari kena lap lantai sebab dia sibuk menjelajah satu rumah
Semoga cepat sembuh.
Daa