Assalamualaikum
Antara pokok yang aku tanam kat rumah dan hidup dengan jayanya adalah pokok kunyit. Pokok kunyit ni jaganya tak susah. Sebenarnya nak tanam pun takde la susah mana. Aku pernah kongsikan cara tanam pokok kunyit sebelum ni. Pokok kunyit sukakan medium tanah yang gembur dan bersaliran baik. Kalau air bertakung ke, isi kunyit busuk. Pokok pun mati.
Aku tanam kunyit untuk isi dan daunnya. Kalau masak rebus ke aku suka letak daun kunyit. Wangi. Isi kunyit tu aku ambik buat air atau pun buat garam kunyit untuk goreng ikan dan ayam. Guna kunyit hidup lebih sedap dan wangi daripada pakai kunyit hidup. Itu pun kalau rajin tu mari. Hehehe..
Kunyit ni aku dah ambil isinya, aku pecahkan dan tanam semula. Jadi, dah tak perlu tunggu isinya bertunas balik. Nak tunggu bertunas tu yang lambat sebenarnya.
Oleh sebab biasanya aku pun bukan pakai banyak sangat isi kunyit tu, aku ambil sebahagian besar dan tinggalkan separuh ibu. Lepas tu tanam semula. Setakat sekarang dah empat pasu dah pokok kunyit. Dah terlebih lebih dari keperluan pulak kan. Hehehe.
Kalau isi yang aku ambil tu dah habis, aku cuma korek sikit patahkan isi kunyit daripada akarnya untuk digunakan. Kaedah ni lebih praktikal untuk pekebun kecil-kecilan macam aku. Maklumlah, tanam untuk kegunaan sendiri je kan.
Jom pakat tanam pokok kunyit.