Quantcast
Channel: Ourkizuna
Viewing all articles
Browse latest Browse all 615

Masyarakat semakin tenat

$
0
0
Assalamualaikum

Takut kalau tengok berita sekarang ni. Berita yang mengejutkan 10-15 tahun dulu dah semakin biasa dan semakin banyak didengari. Ahli keluarga sendiri dera anak kecil secara fizikal dan seksual. Jiran-jiran dah tak ambil berat perihal sesama jiran.



Culik dan bunuh ahli keluarga. Kalau dulu berita macam ni memang berita yang sangat rare, sekarang dah terlalu banyak sampaikan berita keluar minggu lepas, jadi bualan sekejap lepas tu dilupakan.



Nauzubillah. Takut baca kisah terbaru anak dua tahun didera abang dan kakaknya. Pelbagai persoalan timbul difikiran.

Jiran tak tau ke?
Mak ayah budak tu tak balik jenguk anak ke?
Tak ada rasa kasih sayang ke dalam diri abang dan kakaknya?
Tergamak cederakan budak dua tahun yang cakap pun tak berapa pandai lagi?

Sakit rasa hati bila baca. Sakitnya masyarakat kita kan.. Itu baru hal kemanusiaan. Belum hal hal lain. Mencuri merompak. Allah.. Takutnya tengok.

Mintak dijauhkan anak cucu kita daripada dizalimi dan menzalimi makhluk lain. Semoga sentiasa dilindungi rahmatNya.

Aminn

Viewing all articles
Browse latest Browse all 615