Quantcast
Channel: Ourkizuna
Viewing all articles
Browse latest Browse all 615

Melegakan sakit tekak dan batuk dengan pantas

$
0
0
Assalamualaikum

Caption tajuk ada macam iklan TV tak..? Hehehe..

Musim cuaca tak menentu ni, mudah terkena sakit tekak, batuk dan demam. Since aku dah lama tak practice makan ubat ubatan dari klinik, makanya banyak lah petua aku belajar pasal kaedah melegakan simptom saluran pernafasan ni. Alhamdulillah.

Testimoni sendiri. Dengan izin Allah, aku sembuh lebih cepat dari kenalan terdekat yang duk ulang alik klinik, sampai terpaksa ambil antibiotik tapi tak sembuh-sembuh.

Nama melayunya pokok bangun-bangun. Banyak nama pokok herba ni. Ada yang panggil Indian Borage, Mexican Mint, Cuban Oregano. Satu spesis pokok herba. Biasanya orang india guna dalam masakan diorang. Katanya lah.

Pokok ni teramat senang nak hidup. Ambil keratan batangnya, lepas tu cucuk je kat tanah. Ada cucuk kat tiga tempat. Semua hidup subur.

Kalau mula rasa sakit tekak, bersin, batuk, selesema.. Sila lah gunakan daun herba. Insya allah sangat berkesan. Cara nak gunakannya ada banyak yang orang kongsikan

(1) Ramas daunnya sampai keluar air. Airnya diminum
(2) Ambil daunnya untuk direbus dijadikan teh
(3) Rendam daun yang dicarik carik dengan air panas dan minum apabila air telah menjadi suam
(4) Kunyah daun mentah-mentah.
(5) Hiris halus-halus masuk dalam telur dadar (untuk anak)

Semua kaedah di atas aku dah pernah cuba. So far, kaedah paling berkesan dan serasi dengan aku adalah bila aku makan dengan daun-daunnya. Rasa dan bau pokok bangun-bangun ni agak kuat. Mungkin ramai tak suka. Honestly, bagi aku. Aku lagi sanggup kunyah daun pahit berangin ni daripada menderita sakit tekak, selesema berpanjangan. Atau tengok anak-anak sakit lama. Jauh lebih baik daripada ulang-ulang makan ubat klinik yang banyak kesan sampingan.

Dari start simptom sakit tekak, demam, selesema dan batuk hari Rabu lepas. Hari Sabtu, kebanyakan simptom dah tak ada. Itu pun aku betul-betul ikut petua hari Rabu dengan Khamis je. Bila dah lega sikit mula lah malas. Hehehe..

PS:/ Pokok ni boleh beli kat nursery. Aku mintak keratan kat jiran. Kalau ada sesiapa nak keratan aku boleh roger-roger. Aku kat Shah Alam. Tak boleh nak post. Kena datang ambik lah ye.

Selamat mencuba.

Daa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 615