Quantcast
Channel: Ourkizuna
Viewing all articles
Browse latest Browse all 615

Isu sijil halal Secret Recipe ditarik balik

$
0
0
Assalamualaikum

Isu baru tentang sijil halal adalah sijil halal Central Kitchen Secret Recipe telah ditarik balik oleh JAKIM.

Merujuk pada post yang dikongsikan oleh Sahabat Halal di FB, sijil halal kedai kek yang tersohor SECRET RECIPE telah ditarik balik oleh JAKIM beberapa hari yang lalu.

Puncanya masih belum dikenalpasti.

Yang pastinya. perkembangan terbaru ni mendapat pelbagai reaksi dari pengguna

Dari portal JAKIM

komen individu yang berkongsi status di FB
Banyak lagi komen komen lain antaranya


Honestly... Lama dah aku tak makan Secret Recipe. Aku buat sendiri kek atau tempah dengan baker tersohor Sister's Cakery. Tapi kan.. Aku rasa, adalah adil sekiranya Secret Recipe diberikan peluang untuk memberikan penjelasan. Bahkan, JAKIM pun sepatutnya berikan kenyataan punca sijil tersebut ditarik balik. Bila jadi macam ni. Mangsa keadaan adalah pengguna. Iya. Aku pun sokong, buat sendiri lebih baik. Tetapi, isu macam ni secara tak langsung menambah dosa orang lain yang pandai pandai kata ada penggunaan arak tambahan. So, diorang ragu-ragu pada siapa selama ni..? Musibahnya adalah bukan pada SECRET RECIPE. Tapi ini adalah petanda bahawa JAKIM tidak lagi mendapat kepercayaan orang Islam di Malaysia. Dah terang sebelum ni ada sijil halal JAKIM, masih kata ragu sebab guna arak...?

Seperti kes Cadbury, aku melihat bahawa damage bukan sahaja pada Cadbury tapi damage yang lagi besar adalah diterima oleh JAKIM. Sungguh pun JAKIM dah kata halal selepas penggantungan sijil Cadbury, rata-rata muslim di Malaysia dah ragu nak makan Cadbury. Sedangkan kenyataan dilakukan oleh JAKIM mengatakan bahawa penggantungan sijil bukan sebab ada babi, tapi sebab proses siasatan.

Aku cadangkan agar JAKIM ada kod untuk menunjukkan faktor sijil halal ditarik. Contohnya
Kod A - Tidak memenuhi piawaian kebersihan
Kod B - Tidak memenuhi piawaian penggunaan bahan halal
Kod C - etc etc

Sebab, fungsi JAKIM adalah menjaga kepentingan umat Islam di Malaysia. Jadi, message perlulah jelas agar tidak mengelirukan orang ramai.

Apa pendapat korang?

Daa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 615