Quantcast
Channel: Ourkizuna
Viewing all articles
Browse latest Browse all 615

Artistry Hydra V series review

$
0
0
Assalamualaikum

Ingat tak, dua tahun lepas aku ada buat review tentang set penjagaan kulit Artistry dari series Youth Xtend. Actually aku berpeluang guna pencuci mukanya. Lotion aku guna Artistry Skin Refinishing lotion yang super ohsem tu.

Dekat nak setahun jugak la baru habis pencuci muka ni. Aku cuci muka dua kali sehari. Kadang kadang sekali sehari. Akhirnya awal bulan November 2014 habis digunakan. Terus terang. Aku memang sangat suka dengan pencuci muka Youth Xtend ni. Sebab busanya lembut sangat.. Macam mousse gitu. Lepas tu rasa muka pun thoroughly cuci. Lepas bilas, kulit terasa lebih lembut macam dah letak pelembab, tapi takde rasa berminyak.

Dan. Lepas habis pakai tu. Aku saja la menggedik nak tukar cuba series lain pulak. Hydra V. Katanya sangat ohsem jugak.
Ada sedikit perbezaan antara Hydra V dan Youth Xtend. Actually Youth Xtend lebih kepada untuk melambatkan proses penuaan (kedutan) dari berlaku. Manakala Hydra V ni lebih kepada penjagaan biasa. Pencuci muka Hydra V dalam bentuk gel yang jernih. Manakala pencuci muka youth Xtend tu macam mousse gitu. Baunya dua dua wangi dan menyegarkan. Cuma personally, aku prefer Youth Xtend lagi kot. Hahahaha.. Of course dari segi harga Youth Xtend lebih mahal berbanding Hydra V. Moisturizer Hydra V ni aku saja nak cuba. Last year aku pakai refinishing lotion. Kali ni cuba moisturizer ni. Pakai siang dan malam. Dua kali. Finishing nya tak sebest feeling lepas pakai refinishing lotion lah. 

Korang tau lah kan.. Refinishing lotion tu ibarat ada super power untuk mengelakkan kulit rasa berminyak lepas pakai. Siap rasa macam baru lepas berbedak. Velvety gitu finishingnya. Malangnya ada desas desus khabar angin mengatakan yang refinishing lotion akan discontinue sebab diorang buat formulation baru.
 
Harap harap yang baru tu sebest yang ada ni. Fufufu..

Rasanya macam nak pulangkan cleanser Hydra V ni ganti ngan Youth Xtend je. Harharhar. Mentang mentanglah 100% money back guarantee (for whatever reason).

Agak agak shujin bagi tak. Hehehe..


Model model tak berbayar Artistry Malaysia. Kehkehkeh..

Daa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 615