Quantcast
Channel: Ourkizuna
Viewing all articles
Browse latest Browse all 615

2014 & 2015

$
0
0
Assalamualaikum

Lama tak menulis ni kekok rasanya. Ada yang terindu rindu ke blog ourkizuna ni. Kehkehkeh..

Actually hujung tahun ni biasalah. Nak tutup akaun. Nak capai target. Dan macam macam lagi. Tambah lagi berkabung pasal kehilangan pesawat Air Asia dan banjir besar yang melanda segenap pelusuk negara.

Salam takziah buat semua mangsa yang terlibat. Semoga dapat menerima ujian ini dengan tabah.

Bagi yang bukan mangsa banjir, ini juga satu ujian bagi kita. Ingat ke kita pada orang yang dalam kesusahan. Dalam media sosial. Macam macam kisah, macam macam berita.Yang betul, yang direka. Yang tak diketahui kepala punca. Hati hati berkongsi cerita yang tak pasti sahihnya.

Semoga 2015 lebih baik lagi buat kita semua. 

2015 lebih mencabar sebab GST akan bermula. Pelbagai spekulasi tentang harga barang. Kerajaan kata tak membebankan, tapi rata rata "pakar ekonomi" kata pengguna akan dibebankan dengan harga yang semakin mahal. Marilah kita bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan tersebut.

Daa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 615