Quantcast
Channel: Ourkizuna
Viewing all articles
Browse latest Browse all 615

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

$
0
0

Assalamualaikum

 

Memandangkan ramai yang dah mood raya. Isnin depan pun ramai yang dah mula cuti, so aku nak ambik kesempatan yang ada ni nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minta maaf kalau ada kata kata yang menyentuh hati sesiapa. Yang terasa aku cam perli perli dalam entry ke, yang rasa aku ni cakap kasar tak padan ngan pompuan ke. Minta maaf ya.

Aisy Thaqif belajar angkat bontot nak belajar merangkak. Baru dia seret dada aku da tak larat kepung. Hahaha..

Sabo le nak. Buruk beno sampai kotak LEGO pun nak digigitnya. Hahaha.. 11 August ni genap 6 bulan. Nanti ibu buatkan puri pisang ya.

Ini sanggul raya Atiqah Damia. Mak longnya (kakak ipar) hadiahkan. Maklumlah. Anak maklong semua lelaki. Anak sedara pompuan pun sorang je. Damia pulak dapat mak cam aku, tak reti nak menggaya gayakan. Untung la mak long belikan macam macam. Hehe.

 

Gambar Aqil Mubarak aku tak sempat nak transfer pagi tadi sebab kelam kabut. Apa pun.. Kami sekeluarga nak ucapkan selamat hari raya dan hati hati bagi yang pulang ke kampong tu.

 

Aku cuti selasa rabu. Tapi kerja masih banyak sampai Isnin dan hari Isnin lepas raya tu sambung buat kerja yang banyak tu. Waaaa.. Tak fun gilaaa

 

Daa


Viewing all articles
Browse latest Browse all 615