Quantcast
Channel: Ourkizuna
Viewing all articles
Browse latest Browse all 615

Khidmat urut bersalin

$
0
0
Assalamualaikum

Tempoh berpantang adalah tempoh bagi memanjakan tubuh. Selepas 9 bulan mengandung dan proses bersalin yang memcabar, tentunya tubuh memerlukan masa untuk berehat.

Anak dah ramai macam aku bukan mudah nak berpantang macam masa anak satu. Masing masing perlukan perhatian. Lagi lagi macam aku berpantang secara shujin berhad. Shujin yang uruskan semua. Hehe..

Tapi aku cari jugak makcik urut untuk betul betulkan urat yang tergeliat tu. Rezeki aku, masa bersalin kat Pusat Bersalin Barakah aritu, kenal dengan sorang makcik nurse yang sangat baik hati dan pandai mengurut. Siap bagi servis mengurut percuma masa aku kat dalam wad. Lega sungguh dia urut bahu dengan belakang masa tu. Terus aku mintak kontek makcik tu nak panggil dia datang mengurut kat rumah.

Hari ketiga makcik Su datang rumah mengurut aku. Sedap sungguh dia urut. Dua jam lebih diulit. Aku mintak makcik Su datang dua hari. Siap sengkak. Dia sengkak tak sakit. Sebab aku penah kena yang sakit sangat. Nak menangis rasanya.

Bayaran ikut ikhlas kita. Kalau ada yang nak cari khidmat mengurut bersalin ke, terseliuh ke. Insya allah makcik Su ni boleh. Kalau ada yang nak kontek numbernya email aku. Nanti aku share.

Pantang kali ni aku masih guna set bersalin Tropical Herbs. Beristiqamah pakai bengkung berparam pilis bagai. Apa yang penting. Kita enjoy~!!

Daa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 615