Quantcast
Channel: Ourkizuna
Viewing all articles
Browse latest Browse all 615

Homestay Kat Temerloh, Dekat Dengan Pusat Bandar.

$
0
0

Assalamualaikum..
Kalau lah tetiba korang ada kat kawasan Temerloh Pahang, bersiar-siar dengan dua keluarga besar dan/atau korang perlu tinggal di kawasan tu pada satu masa yang panjang, aku cadangkan korang pertimbangkan homestay ni.

No 15 Jalan PTD 2, Pinggiran Temerloh Damai, 28000 Temerloh

Homestay ni adalah kepunyaan Mohd Shukri Awang, kawan karib aku. Berjarak 3km dari pusat bandar Temerloh. Baru beroperasi sejak bulan Januari lepas. Dia jadikan rumah semi-D tu sebagai homestay sebab dia sayang nak tinggalkan rumah lama dia. Well, tak laa seGAH hotel, tapi ia rumah yang baru siap dibina dan secara drastiknya dari masa ke semasa di tambah dengan fasiliti dan kemudahan khas untuk pengujung. Sejak bulan Januari juga, jarang rumah ni kosong. In fact, ada yang menginap lebih dari sebulan disebabkan ada event kat kawasan berdekatan.

Homestay ni ada tiga bilik tidur dan dua bilik air. Dua bilik tidur dilengkapi dengan katil dan satu bilik tidur lagi dipenuhkan dengan tilam dan fuuton. Yang berkatil tu biasanya untuk ibuayah atau orang yang lebih tua dan tilam-tilam tu untuk bebudak. Biasa laa kalau jalan-jalan lebih dari satu famili ni, bila ada bebudak ramai-ramai, diorang nak duduk sesama diorang bermain sampai larut malam. Lambakkan semua tilam tu, dan biarkan diorang bermain. Ibu dan ayah boleh lepak berborak tanpa gangguan. Hahahaha.. 

 
Antara fasiliti lain yang ada dalam rumah ni termasuklah sofa, kipas, penghawa dingin, peti sejuk, mesin basuh, sterika, dapur dan benda-benda asas lain yang patut ada didalam rumah.

Bila tengok kawan-kawan baru nak buat bisnes, aku pon offer nak tolong sebarkan kat blog. Kalau kawan tak tolong kawan, siapa lagi kan? Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi En. Amiruddin 019-981 7330. Harga untuk satu malam adalah RM150. Harga untuk sebulan RM1500. Tapi, En. Shukri kata kalau korang bagitau yang korang tau pasal homestay tu dari blog OurKizuna, dia akan bagi harga special. Hahaha.. Kalau sebut nama penuh aku, harga boleh runding lagi. Itu kata-kata dari pemilik laa. Share? No no no no no.. aku takde share. Rumah dan bisnes ni totally hak dia. Aku takde terima apa-apa bentuk wang pun. Dalam satu pandangan lagi, kalau boleh tolong bangsa kita, why not? Just buat pertimbangan masing-masing...


Selamat bercuti.. (soon)
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Viewing all articles
Browse latest Browse all 615