Assalamualaikum
TV rumah aku memang tak berapa nak maju. Masih lagi TV tebal tu. Alasannya sebab takut anak paut hempap atas muka. Jangan suruh aku tampal atau sangkut tv tu kat dinding. Memang aku taknak. So, bila tv rosak baru baru ni.. Aku rasa sedikit bersyukur.
(1) Pengurangan bil elektrik
Sebelum ni bil elektrik lebih RM50. Selepas TV rosak, bil elektrik cuma RM35. Fuhh.. RM15 untuk melagho je. Hahaha..
(2) Mengelak dari tengok benda tak patut
Drama banyak yang tak berkualiti. Berita pun apa lagi kan.. So rehatkan mata dan jiwa dari tengok benda tak patut
(3) Mengelak mulut dari berkata yang bukan bukan
Bila dah takde tengok benda bukan bukan. Mulut dan hati pun boleh rehat dari berkata yang tidak tidak. Hahaha..
(4) Lebih mudah menyusun jadual anak-anak
Bila dah tak ada TV. Aku dapati, lebih senang nak susun jadual diorang. Kalau tidak. Ada je sekejapnya. Pun aku sendiri.. Kalau dah melekat depan TV. Lambat masak pun ada. Hihihi
(5) Dapat melakukan lebih banyak aktiviti bersama keluarga.
Yang ni yang aku paling suka sekarang. Tak ada TV ni, mulanya anak-anak boring sebab tak ada hiburan. Ala, bukan tak ada hiburan langsung pun. Nak main permainan ada je. Nak tengok video kat laptop atau tablet ada jugak. Nak main game boleh je. Tapi benda dah biasa ada.. Tiba-tiba tak ada, buntu jugak diorang.
Tapi alhamdulillah. Lepas 3 minggu lebih tv tak ada ni, aku perasan lebih banyak aktiviti dapat dilakukan bersama. Aku dengan shujin pun lebih fokus dalam bantu diorang dengan aktiviti menulis dan mewarna.
Katanya dah start sekolah kan. Bantu lah dia menulis bagai tu..
Damia pulak, aku ajak dia mewarna.
Aisy Thaqif mana..? Siangnya kami bawak diorang berenang. Jadi budak kecik tu cepat lah tidur malam sebab kepenatan bergodek dalam air. Hehehe..
Apa pun. Bukanlah aku tak ada plan langsung nak beli TV. Tapi tunggu lah dulu. Aku suka rutin baru ni. Hehehe.
Sebenarnya paling suka bab bil letrik murah. Hahaha
Daa