Assalamualaikum
Dek kerana gambar donat gebus yang ditayang oleh Mommy Aydin di FB, aku terpaksa bangun awal pagi untuk memulakan projek donat gebu ala Big Apple pulak. Haha..
Mengenangkan ganache coklat dengan walnut balance dari buat brownies aritu ada lagi, aku pun nekad nak buat topping ala big apple pulak kali ni. Kononnya nak beli jiwa Aqil yang tak berapa sihat dua tiga hari ni.
Rupanya agak hiruk pikuk. Actually coklat tu ganache. Walnut tu aku buat croqant dari blog Kak Ita Masam Manis. Resepi donatnya pulak dari blog Izah Daut
Resepi Donat Gebu A'la Big Apple
2 sudu kecil mauripan (Aku guna dalam separuh bungkus sebab nak habiskan belen mauripan)
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula
Satukan dan biarkan berbuih.
*Aku tak gunakan air suam pun sebab malas.
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air
2 sudu besar butter (Aku main hantam saje)
Kaedah Izah - Satukan bahan kering dan gaul rata. Buat lubang ditengah dan masukkan telur dan yis yang dah berbuih.
Kaedah aku - Gaul semua sekali dan uli sampai tak melekat di tangan. Kalau still nampak keras, tambah air sedikit demi sedikit. Kadar kelembutannya macam lembut cuping telinga kita. Hehehe..
Uli sampai doh licin. Sapukan sedikit minyak pada permukaan doh dan tutup bekas dengan kain lembab. Biarkan 20-30 minit.
Tumbuk doh dan buat bentuk donat. Susun dalam dulang dan tutup. Biarkan dalam 30 minit lagi atau sampai agak agak kembang.
Goreng lah apa lagi..
Topping
Topping coklat ganache tu aku cairkan coklat dengan whipping cream. Agak agak je.
Croqant
Setengah cawan walnut dipecah pecah
4 sudu besar gula
Sedikit butter
Panaskan gula dan walnut sampai gula cair. Gaul sekata. Tutup api dan gaul dengan butter sampai berderai (Tak melekat lekat)
Celup donat pada coklat ganache dan tabur atau celup pada kacang pulak. Selamat mencoba~
Dia yang over makan tau. Da bulat cam donat dah..
Daa