Quantcast
Channel: Ourkizuna
Viewing all articles
Browse latest Browse all 615

Resepi Apple crumble pie paling sedap

$
0
0

Assalamualaikum

 

Aku memang peminat apple crumble pie. Cuma ada sikit malas nak membuatnya tu. Walhal bukan susah sangat pun.

 

Apple crumble pie ni aku buat kononnya sempena hari bapa, hari Ahad yang lepas. Memang terbaik! Mudah je pulak tu. Meh tengok resepinya

 

Resepi Apple crumble pie (Masa menyediakan 40minit (tak termasuk waiting time bahan kulit), masa memasak sejam)

Bahan bahan kulit

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu besar gula

1/2 sudu kecil garam

6 sudu besar butter/marjerin (aku guna butter)

4-6 sudu besar air sejuk

Campurkan semua hingga sebati. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30minit hingga sejam

Nota : Aku rasa hasilnya macam sikit sangat. Nak selamat baik buat double sukatan ni

 

Bahan inti

6 biji apple granny smith (aku buat 2 biji apple fuji, 1 biji apple granny smith hijau)

1 1/2 sudu besar tepung

1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

1/4 sudu kecil mixed spice

1/4 sudu kecil garam

1/2 cawan gula perang

Sikit tepung jagung

Gaul semua. Letak tepi

 

Bahan crumble topping

2/3 cawan tepung

1/2 cawan rolled oat (aku rasa letak lebih pun sedap)

1/2 cawan gula perang

1/2 sudu kecil garam

3 sudu besar butter

Campur semua kecuali rolled oat. Gaul dan gentel sampai teksturnya jadi macam serbuk roti. Baru masuk rolled oat.

 

Cara buatnya

Keluarkan doh kulit dan lenyek dengan rolling pin sampai agak agak setengah inci tebal (aku main agak je) lepas tu letak pada pan pie (aku tak guna pun pan pie sebab tak ada..hehe) Kemudian, masukkan bahan inti apple tu. Kalau ada air kat bawah mangkuk tu jangan pulak masukkan. Da masuk semua letak pulak crumble kat atasnya. Masuk dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 220 darjah celcius selama 20 minit. Lepas tu turunkan suhu ke 180 darjah selama 30-40 minit bergantung pada oven. Aku bubuh je 40 minit.

 

Enak dimakan begitu saja atau dengan ais krim vanilla (?) Aqil suka gila dan request lagi. Apple dah habis. Nanti la weekend pegi cari lagi.

 

Selamat mencuba

 

Daa


Viewing all articles
Browse latest Browse all 615