Quantcast
Channel: Ourkizuna
Viewing all articles
Browse latest Browse all 615

Resepi Kimchi sedap lagi halal

$
0
0
Assalamualaikum

Hahaha. Tak boleh belah kan tajuk tu. Shujin dengan Aqil memang suka sangat kimchi. Memang kalau boleh sentiasa nak kena ada kimchi kat rumah. Oleh kerana kimchi sangat kaya dengan probiotik dan baik untuk kesejahteraan perut, maka aku pun merajinkan diri kerap buat kimchi. Resepi kimchi mudah gila sebelum ni aku belum puas hati lagi dengan hasilnya. Kali ni aku suka sangat..

Kali ni aku alter sikit resepinya. Campur campur dengan resepi sedia ada kat internet.
Macam sedap je macam sedap je

Resepi kimchi sedap

Bahan bahan
2 batang Kobis panjang (Napa cabbage atau hakusai)
1 cawan Garam (kalau nak sedap boleh guna garam laut atau rock salt)
1 batang Lobak putih (Daikon)
2 batang Lobak merah
Dua pokok Daun bawang
Secekak Daun kucai
Dua biji Bawang besar holland

Cara membuatnya
Potong kobis saiz 4 segi. Sederhana besar. Jangan kecik sangat sebab nanti kecut. Gaul dengan garam. Pastikan garam kena pada setiap permukaan kobis tu. Masuk dalam mangkuk. Tindih dengan benda berat. Biarkan selama 4 jam. Aku letak tutup periuk dan tindih dengan lesung batu. Lepas 4 jam, air akan keluar dari kobis tu. Kobis jadi layu. Basuh dan perah sebanyak 3 kali. Gigit sikit, kalau masin sangat bilas lagi. Bahan bahan lain macam lobak tu potong memanjang saiz batang mancis. Bawang holland tu hiris bulat bulat. Ketepikan.

Sementara tunggu kobis diperap dengan garam, sediakan bahan untuk paste

Bahan untuk paste
1 cup korean chilli flake (Aku beli brand Bidan beli kat Presto, Citta Mall, kalau suka pedas letak lebih)
* Sebiji pear gong (kulit coklat, tapi kulitnya dibuang)
* Dua biji apple merah (Aku guna apple fuji, dibuang kulit)
* Sebiji bawang besar holland
* 5 ulas bawang putih
* 1 inci halia
** 1/4 cup Sos ikan
** 4 sudu besar Tepung pulut
** Air

Cara buat paste kimchi
Blender bahan bertanda * dengan air masak. Tambah chilli flake dan kacau sebati. Kalau suka, letak sesudu dua gula, gula adalah makanan bakteria. Yummehh kata bakteria. Hahaha

Campur semua bahan bertanda ** dan kacau sebati sampai tepung larut. Masak atas api yang perlahan sampai mendidih. Kalau pekat sangat tambah sedikit air. Jangan terlalu cair jugak.

Campurkan bahan * dan ** dan gaul sebati.

Masukkan bahan-bahan yang dihiris saiz batang mancis tadi. Dan masukkan kobis yang dah diperap dengan garam, dibilas dan diperah. Gaul rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Tutup dan simpan di tempat gelap dan sejuk selama 24jam. Kalau dah ada buih buih tu dah jadi lah maksudnya. Kalau rasa nak masam lagi biarkan lagi. Kalau dah okay, terus masukkan ke dalam peti sejuk.

Nak senang gaul dalam dulang. Aku buat ni memang dapat sedulang. Kalau rasa banyak sangat, sila kurangkan lah.
400gm. Ni ada schoolmate aku nak beli
Actually aku takde niat nak jual, tapi bila berborak dengan kawan kawan sekolah kat wassap, ramai pulak yang teringin nak rasa. So aku pun poskan sikit untuk diorang. Aku cuma cas harga pos dengan kos bahan. Sampai shujin dengan Aqil susah hati sebab takut kimchi dalam stock habis. Hahaha..

Shujin kata "jom abang makan kimchi banyak banyak sebelum ibu jual habis semua"

Huhuhu.. Ye lah ye lah.. 

Korang suka makan kimchi? Aku suka yang tak berapa masam. Kalau dah masam tu agak kurang sikit. Yang buat kali ni aku suka ratah je. Haish.. 

Daa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 615