Assalamualaikum
Usia meningkat dewasa (eceh~) menyebabkan aku agak ambil berat tentang penjagaan muka. Sebenarnya kulit muka aku bukan jenis yang bermasalah pun. Jenis kulit kombinasi. Jarang naik jerawat. Tapi takkan nak tunggu ada masalah baru nak jaga betul betul kan.. Hehehe..
So, dua tahun lalu, ketika umur 28 tahun (kehkehkeh) aku decide yang aku nak make sure bila aku hantar Aqil pergi sekolah, orang sangka aku kakak dia instead of ingat aku mak dia. Hahaha.. So, sejak tu aku mula bersungguh sungguh jaga muka. Bermula dengan sekadar pencuci muka. Aku berjinak jinak dengan toner dan moisturizer.
31hb. Sehari selepas birthday aku yang ke-30. Company tempat kerja aku mengadakan hari kesihatan dan kecantikan. So, adalah klinik kulit datang bawak mesin VISIA untuk buat face analysis.
Cuma ambil masa tak sampai 5 minit. Akan dapat tahu apa masalah kulit muka kita. Ada 8 jenis analisis yang dilakukan. Antaranya tona muka, kedutan, jeragat, bakteria dengan apa tah lagi. Tak ingat sebab diorang tak bagi copy list pun. Kedekut. Mentang mentang FREE kan. Hahaha.. Apa yang penting.. Score yang bagus adalah 100 dan makin sikit score makin bermasalah lah kulit tu. Score aku tona muka dapat 99. Yey~~.. Katanya ada bakteria kat bawah kulit score 69%, kedutan dapat score 80% - Bangga~~.... Jeragat dalam 79% gitu kot.. Bintik bintik hitam duk bawah kulit, belum muncul lagi.. Tapi overall score aku mostly duk kat area 80% la. Still boleh diselamatkan kata orang. Hahahaha...
Seriously.. Aku syukur aku decide nak start guna Artistry. Sekarang.. Aku makin yakin dengan keputusan aku tu.. Antara yang aku gunakan
Aku baru je start gunakan pencuci muka ni. Apa yang menarik pasal pencuci muka ni adalah ianya sangat lembut. Macam mousse gitu. Lepas cuci kulit terasa lembab, tak terik atau kering mahu pun berminyak. Aku gunakan dua kali sehari. Bangun pagi dengan sebelum tidur malam. Pakai sikit je. Cara pakainya, picit keluar sebesar kacang tanah. Titiskan sedikit air dan gosokkan supaya keluar buih. Lepas tu sapukan rata pada muka dan leher. Bilas bersih..
Aku sangat marah dengan toner ni. Sebotol 200ml guna tak habis habis. Dah dekat 2 tahun kot masih ada suku lagi..Hahaha. Dalam botol ni aku gunakan sebagai penyegar di ofis. Sebab malas nak apply moisturizer, aku just semburkan hydrating toner ni kat muka untuk elak kulit muka kering dalam aircond. Memang sangat best. Bau pun wangi.
Bagi moisturizer aku still guna mini set dari Artistry Pure Whit dengan perlindungan matahari SPF20 PA+++. Set pure white ni dah stop production sebab diorang dah intro set yang baru. Habis nanti beli yang baru tu kot. Belum decide. Hihi.
Dannn... Best of the best.. Yang paling menawan hati ku apa lagi kalau bukan Time Defiance Skin Refinishing Lotion ni.
Apa yang menarik sangat pasal lotion ni adalah finishingnya. Bila pakai, ianya meresap ke dalam kulit dan takde kesan berminyak atau melekit langsung. Rasa macam pakai bedak atau orang kampung aku sebut velvety. Hasilnya.. korang akan rasa nak sentuh kulit muka je kalau pakai. Sebab kulit muka terasa licin dan lembut. Of course baunya menarik. Satu botol 30ml harga RM195 T_T.. Kalaulah birthday aku setahun 3 kali kan. Hahaha.. Kenapa tiga kali? Sebab sebotol tahan lebih kurang 4 bulan... Hahaha..
Usia meningkat dewasa (eceh~) menyebabkan aku agak ambil berat tentang penjagaan muka. Sebenarnya kulit muka aku bukan jenis yang bermasalah pun. Jenis kulit kombinasi. Jarang naik jerawat. Tapi takkan nak tunggu ada masalah baru nak jaga betul betul kan.. Hehehe..
So, dua tahun lalu, ketika umur 28 tahun (kehkehkeh) aku decide yang aku nak make sure bila aku hantar Aqil pergi sekolah, orang sangka aku kakak dia instead of ingat aku mak dia. Hahaha.. So, sejak tu aku mula bersungguh sungguh jaga muka. Bermula dengan sekadar pencuci muka. Aku berjinak jinak dengan toner dan moisturizer.
31hb. Sehari selepas birthday aku yang ke-30. Company tempat kerja aku mengadakan hari kesihatan dan kecantikan. So, adalah klinik kulit datang bawak mesin VISIA untuk buat face analysis.
![]() |
Hulurkan muka untuk di analisis |
Seriously.. Aku syukur aku decide nak start guna Artistry. Sekarang.. Aku makin yakin dengan keputusan aku tu.. Antara yang aku gunakan
![]() |
Artistry Youth Xtend rich cleansing foam |
![]() |
Artistry Essential Hydrating Toner |
Bagi moisturizer aku still guna mini set dari Artistry Pure Whit dengan perlindungan matahari SPF20 PA+++. Set pure white ni dah stop production sebab diorang dah intro set yang baru. Habis nanti beli yang baru tu kot. Belum decide. Hihi.
Dannn... Best of the best.. Yang paling menawan hati ku apa lagi kalau bukan Time Defiance Skin Refinishing Lotion ni.
![]() |
Hadiah birthday ke 30 tahun. Hihi |
![]() |
Satu pam je guna |
Aku pun bukan nak bagi putih berseri seri macam rendam kloroks. Cuma nak jaga biar jangan nampak kedut sangat, takde jerawat takde bintik hitam cukup lah..
Sedikit bangga bila encik shujin memuji muji kulit muka aku yang bertambah baik berkat rajin belek muka depan cermin tiap pagi. Hahaha.. Shujin kan boleh tahan sikit mulutnya.. Kalau dia nak sound aku, dia sound je. Aku pun sentap, terus lari belakang pintu. Huhuhu..
Daa